IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang
yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana
tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi
sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai
ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.
Anda Tahu Makna Bacaan Dalam Solat??
Solat yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti
segala pengertian dari setiap kalimah yang di ucapkan di dalam solatnya.
Justeru itu apabila ia membaca Fatihah, hatinya akan mengikuti dan
memahami makna setiap kalimah yang terucap. Misalnya apabila mereka
membaca ayat keempat dari Surah Al-Fatihah yang bermaksud:
"Tuhan yang memiliki hari Akhirat."
Maka
tergambar segala kalut sibuk dan huru-hara manusia serta bersesak di
padang Masyhar, ia akan terasa diri semakin kerdil dan lemah disisi
Allah SWT.
Apabila membaca ayat kelima dari surah Al-Fatihah yang bermaksud :
"Engkaulah yang kusembah dan Engkaulah tempatku bermohon."
Bererti
mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah,
bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau yang lain-lainnya. Akhirnya
mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan mungkar,
kerana melakukan perbuatan keji bererti mereka telah menjadi hamba
nafsu, yang demikian adalah bercanggah dengan ucapannya yang mengaku
bahawa dia hanya menyembah Allah SWT semata-mata.
Lalaikah Kita Dalam Solat??
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Berapa
banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat
dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya. "
Hadis
tersebut menggambarkan betapa banyak sembahyang yang didirikan oleh
seseorang itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui
sembahyang itu.
Firman Allah yang bermaksud :
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah al-Ma'un : ayat 4-5]
Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :
"Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."
Hadis
tersebut menjelaskan bahawa solat seseorang yang dalam keadaan lalai,
sesungguhnya tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi Allah SWT. Orang yang mengerjakan
solat dalam keadaan lalai sama keadaannya orang yang mengigau ketika
tidur, walaupun mungkin ia menyebut Allahu Akbar dan juga lain-lain
kalimah yang memuji keagungan Allah SWT, seperti bertasbih mensucikan
Allah, bertahmid memuji Allah namun semua itu tidak termasuk lansung
dalam pengertian munajat kepada Allah kerana sebenarnya orang itu sedang
mengigau. Sesungguhnya orang mengigau itu adalah orang yang bertutur di
luar kesedaran.
Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seseorang
itu akan diterima oleh Allah SWT. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri
orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan
sifat lalai. Orang yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah SWT,
sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi segala
puji-pujian terhadap Allah.
Dan
ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu
di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain.
Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah
dihitung pula amalan yang lain.
Wallahu ta'ala a'lam.......
Monday, 17 June 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment