Sabda Rasulullah bermaksud: "Biarlah kamu mati meninggalkan harta untuk anak kamu. Ia adalah lebih baik daripada anak kamu meminta-minta kepada orang lain selepas kamu mati."
Namun, rezeki yang dimiliki perlu diperoleh daripada sumber halal, sejajar dengan maksud firman Allah: "Makanlah kamu daripada rezeki yang halal dan bersih." – (Surah al-Baqarah, ayat 168)
Dan persoalan yang perlu kita timbulkan setiap kali mendapat rezeki daripada Allah adalah "Berkatkah rezeki kita??"
Antara tanda rezeki diperoleh tidak berkat ialah:
- Jiwa sentiasa tidak tenang walaupun memperoleh dan memiliki harta banyak dan bertimbun.
- Harta yang diperoleh menerusi jalan tidak baik mudah habis dan terhakis tanpa diduga dan tidak disedari.
- Berasa sombong dan tamak hingga bernafsu untuk menambah dan memiliki lebih banyak harta hingga tindak mementingkan ibadah.
- Berasa kedekut dan enggan bersedekah atau mengeluarkan zakat kerana menganggap perbuatan itu merugikan.
- Sering ditimpa bencana dan musibah yang tidak disedari. Ini kerana setiap perbuatan mungkar akan mendapat laknat daripada Allah.
- Ibadah tidak sempurna dan sukar menerima pendidikan terutama berkaitan agama.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
No comments:
Post a Comment