Thursday 13 June 2013

Berkatkah rezeki kita?

ISLAM memang menggalakkan umatnya dan tidak menghalang umatnya memiliki harta yang banyak untuk menjamin anggota keluarga dan keturunannya agar sentiasa hidup senang bahagia.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Biarlah kamu mati meninggalkan harta untuk anak kamu. Ia adalah lebih baik daripada anak kamu meminta-minta kepada orang lain selepas kamu mati."

Namun, rezeki yang dimiliki perlu diperoleh daripada sumber halal, sejajar dengan maksud firman Allah: "Makanlah kamu daripada rezeki yang halal dan bersih." – (Surah al-Baqarah, ayat 168)

Dan persoalan yang perlu kita timbulkan setiap kali mendapat rezeki daripada Allah adalah "Berkatkah rezeki kita??"




Antara tanda rezeki diperoleh tidak berkat ialah:

  • Jiwa sentiasa tidak tenang walaupun memperoleh dan memiliki harta banyak dan bertimbun.
  •   Harta yang diperoleh menerusi jalan tidak baik mudah habis dan terhakis tanpa diduga dan tidak disedari.
  • Berasa sombong dan tamak hingga bernafsu untuk menambah dan memiliki lebih banyak harta hingga tindak mementingkan ibadah.
  • Berasa kedekut dan enggan bersedekah atau mengeluarkan zakat kerana menganggap perbuatan itu merugikan.
  • Sering ditimpa bencana dan musibah yang tidak disedari. Ini kerana setiap perbuatan mungkar akan mendapat laknat daripada Allah.
  • Ibadah tidak sempurna dan sukar menerima pendidikan terutama berkaitan agama.
Nauzubillah..semak semula diri kita,adakah tanda-tanda ini ada pada diri kita??Jika ada,maka bertaubatlah dan pohonlah keampunan daripada Allah..

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

No comments:

Post a Comment